Aurora Store ialah klien FOSS tidak rasmi untuk Google Play dengan reka bentuk yang elegan. Aurora Store membolehkan pengguna memuat turun, mengemas kini dan mencari aplikasi seperti Play Store. Ia berfungsi dengan sangat baik sama ada dengan atau tanpa Perkhidmatan Google Play atau microG.

Ciri-ciri:

• FOSS: Mempunyai lesen GPLv3
• Reka bentuk yang cantik: Dibina berdasarkan garis panduan Material 3 terkini
• Log masuk akaun: Anda boleh log masuk menggunakan akaun peribadi atau akaun tanpa nama
• Penyamaran Peranti & Lokasi Setempat: Tukar peranti dan/atau lokasi setempat anda untuk mengakses aplikasi yang disekat mengikut kawasan
• Penyepaduan Exodus Privacy: Serta-merta melihat penjejak dalam aplikasi
•Penyepaduan Plexus: Serta-merta melihat keserasian aplikasi tanpa Perkhidmatan Google Play atau dengan microG
• Senarai hitam kemas kini: Abaikan kemas kini untuk aplikasi tertentu
